Kamus Dialek Perlis
Kamus dialek/loghat negeri Perlis
Carian dialek.

Bermula dengan Mengandungi Hampir kepada
Muka Utama

Klik di sini untuk menyumbangkan dialek


Semua | A | B | C | D | E | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W | Y


Semua
Terdapat 58 dialek di dalam pengkalan data Kamus
Mukasurat: 1
Dialek Definisi
acan (a-can)agah; usik-usik; main-main tidak bersungguh.

"Jangan acan kegha tu, nanti kena gigit!" langang...
*"Jangan usik kera itu, nanti kamu digigitnya!" larang...
 
apuih (a-puih)
Penulis: amizar hashim
tenggelam, melepasi dalam juga la sungai ni, apuih pala hang tu.. sungai ini agak dalam, melepasi kepala awak atau boleh menenggelamkan
 
babe (ba-be)

bertengkar; bergaduh

"Amboi, dua beghadik tu tak boleh bedekat langsung, kigha nak bebabe saja!" kata...

*"Kedua-dua beradik itu langsung tidak boleh berdekat, asyik bergaduh saja" kata...

 
baloq liat
Penulis: faezah
seseorang yang malas bangun tidor atau malas buat kerja rumah. -\"alip,awat hang tak bangun tidoq lagi ni, baloq liat sungguh budak ni. -alip,kenapa tak bangun tidor lagi, malas sangat la budak ni.
 
Bataih
Penulis: Hafis Razize
Nak pi kedai Pak man kena ikut kot ataih bataih.(Nak pergi kedai Pak man hendaklah ikut jalan raya)
 
be-dak
Penulis: zainurin bin saad
maksud dialek - buat pembahagian ayat dalam dialek perlis - lepas mak dia tak dak terus pakat bedak harta ayat dalam bahasa surat - selepas ibunya meninggal dunia, terus sahaja mereka membahagikan harta
 
beban@ketegaq
Penulis: rajaaa
beban@ketegaq= x mau dengar kata org.. \"hang ni mat\'apa nk jd beban@ketegaq sungguh,mau boh tali pinggang tengah belekang baru nak dengar\" - seorang pak marahi anak dia..
 
Beghetoh
Penulis: Ramdzhi Awang
Langgar
 
belemoih
Penulis: bobperlis
comot/kusut n g sama waktu dengnnya contoh: awat yg ang belemoih sangt ney... awat yng ang comot sgat ney
 
belutin
Penulis: M Zaidi
comot, kotor betis hang belutin, p cuci dulu.. betis kamu kotor, pergi bersihkan dahulu
 
Belutin/Blutin
Penulis: Syed Hadzir bin Syed
comot atau kotoran yang melekat pada badan. \"Laa.. hang pi main tang mana sampai belutin habih badan hang ni?\" \"Laa.. Awak pergi bermain dekat mana sampai comot habis badan awak ni?\" Nota: Istilah ini sudah tidak begitu digunakan di kalangan anak muda. Nak pasti kenalah tanya orang tua-tua.
 
bequek
Penulis: rajaaa
parang
 
boh
Penulis: bobperlis
letak. contoh: p boh dalam pinggan.. p letak dalam pinggan
 
cacey (ca-cey)

tidak bergaya; sumbang; kekok; janggal

Dia tidak besa bekegheja dengan tangan kighi, bila buat juga nampak sangat caceynya

*Dia tidak biasa bekerja dengan tangan kiri. Bila dibuat juga nampak benar kekoknya

 
celapete-celapete
Penulis: Syed Hadzir bin Syed
terkemut-kemut: bagi maksud gaya berjalan kaki yang sangat lambat dan tidak bersungguh (seperti orang yang lemah longlai) \"Allah mak... mengkala kita nak sampai kalau macam ni, jalan pun celapete-celapete macam tak makan tiga hari\" \"Allah mak... bila kita nak sampai kalau macam ni, jalan pun terkemut-kemut macam orang tak makan tiga hari\" Nota: Bunyi \"cela\" perlu disebut seperti maksud mencaci orang (e tanda). Bunyi \"pe\" perlu disebut seperti kita sebut \"pair\"(nama sejenis buah) manakala bunyi \"te\" perlu disebut seperti kita sebut teh (minuman)yang biasanya kita dengar (minuman) yang biasanya kita dengar bunyi \"te\" saja. Jadi cantumlah bunyi itu menjadi \"celapete\" supaya tepat dialek, sebutan dan bunyinya.
 
cemuih (ce-muih)
Penulis: marlina
Salih cemuih dengan sikap rakannya yang suka bercakap besar. Salih benci dengan sikap rakannya uang suka bercakap besar.
 
ceninin
Penulis: M Zaidi
pantas, laju amizar laghi ceninin bila nampak tok mudin.. amizar lari dengan lajunya apabila ternampak tok mudim
 
chendek
Penulis: puteri nur ernalissa
Maksud dialek: perli;sindir Ayat dalam dialek perlis: \'Ang xyahla dok chendek aku..\' Ayat dalam bahasa surat: \'Awak tak perlu la perli saya..\"
 
Coih
Penulis: Syed Hadzir bin Syed
Muncul (secara tiba-tiba sehingga sangat memeranjatkan) \"Tengah dok ghalek sembang kat atas pelantaq tepi sungai tu, tau-tau coih kata dia timbui (dari dalam ayaq)... haa awat tak pakat melatah pi habis.\" \"Sedang asyik berbual dekat atas pelantar di tepi sungai tu, tiba-tiba saja dia muncul/timbul (dari dalam air)... ha apa lagi masing-masing pun melatahlah. Nota: Bunyi \"coih\" itu seakan-akan bunyi sebutan \"moih\" bagi maksud kuih-moih.
 
daghang (da-ghang)

sarang itik; sarang ikan apabila hendak bertelur

"Aku berjumpa daghang itik dalam semak tu," beghitau...

*"Saya terjumpa sarang itik dalam semak itu," beritahu...

 
ebot-ebot (e-bot-e-bot)

cara berjalan orang gemuk; lambat

Oghang gemuk tu berjalan ebot-ebot pi pasak.

* Orang gemuk tu berjalan lambat-lambat ke pasar.

 
gabuih (ga-buih)

sapu berulang-ulang supaya bersih

Lantai itu baghu saja digabuih.

* Lantai itu baru saja dibersihkan.

 
gedong (ge - dong )
Penulis: noor azlina
hospital tolong bawa mak pi gedong sat, kata ayah tolong bawa emak pergi hospital kata ayah
 
gedung
Penulis: puteri nur ernalissa
maksud-hospital \"tok dok kat gedung la ni.\" \"atuk ada di hospital sekarang.\"
 
habiak (ha-biak)

terlalu tawar

Ghasa gulai tu tawak habiak

*  Gulai itu terlalu tawar rasanya.

 
hemoi (he-moi)
Penulis: marlina
Rashid sangat disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia seorang yang hemoi. Rashid sangat disenangi oleh kawan-kawannya kerana dis seorang yang ramah.
 
idap (i-dap)

berulang-ulang; tekun; selalu

Mana tak gemuk, duk idap makan saja tak ghenti-ghenti.

* Macam mana tidak gemuk, asyik makan saja.

 
jahama (ja-ha-ma)

juzukama; muqadam

Budak tu telah hapai semua surah dalam jahama.

* Budak itu telah hafaz semua surah yang terkandung di dalam muqadam.

 
juah
Penulis: puteri nur ernalissa
maksud-suka menunjuk-nunjuk/melebih-lebih \"meluat aku dok tgk bdak tu dok ska buat juah\" \"menyampah aku tgk bdak tu yg ska menunjuk-nunjuk\"
 
kabung (ka-bung)

sepah-sepah

"Bilik ini dah beghesih. Jangan kabung lagi macam tadi tau?" nasihat...

* " Bilik ini sudah bersih. Jangan sepahkan lagi seperti tadi tahu, tahu?" nasihat...

 
kedaghah
Penulis: hazwan
makan pada tahap yang melampau.
 
kelumut
Penulis: zainurin bin saad
maksud - kulum ataupun gigit dengan gusi ayat dalam dialek perlis - tok ni tak parya nak pepak pinang dah,tak dak gigi, duk kelumut saja ayat dalam bahasa surat - nenek dak tak mempu nak kunyah pinang, tak ada gigi, hanya kulum di dalam mulut saja
 
la (la)

diucapkan apabila terlupa atau terkejut, la, alamak

"La, terlupa aku nak singgah di ghumahnya tadi," kata...

* "Alamak, terlupa saya hendak singgah di rumahnya tadi," kata...

 
Lengai
Penulis: ejaz1534
Lembab atau acuh tak acuh Contoh ayat : awat yang lengai sangat buat kerja tu?
 
ligan (li-gan)
Penulis: Ramzee
kejar. \"toksah dok kacau anjin tu, sat lagi kut dia ligan\" kata... \"jangan diganggu anjing itu, nanti dikejarnya\" kata...
 
loklak ( lok-lak )
Penulis: hassan bin din
gelojoh,kasar, gopoh, tak malu. Jangan hang buat loklak ketika minum didalam majlis tu, malu kat orang. Jangan sekali-kali kita berkasar dan tidak sabar dalam mengambil makanan di atas meja ini.Ambil lah dengan cermat.
 
lykeh(ly-keh)
Penulis: faezah
sesuatu benda atau barang yang tak tahan lama. -awat lykeh sangat ah baju ni, baghu beli dah tekoyak. -kenapa tak tahan baju ni, baru saja beli.
 
magheli (ma-ghe-li)

menjadi biasa

Dia dah magheli dengak ejekan kawan-kawannya begitu.

* Dia sudah lali mendengar ejekan kawan-kawannya.

 
meghlik
Penulis: M Zaidi
Amboi meghlik aih hidung hang.. Amboi berkilat (bersinar) hidung kamu meghlik = berkilat, berkilau, bersinar
 
mengkala (meng-ka-la)
Penulis: Ramzee
bila. Mengkala hang balik? Bilakah kamu pulang?
 
menyerama
Penulis: faziah
menyibuk, mengganggu Jangan dok menyerama dengan barang orang lain ayat dlm bahasa surat: Jangan suka mengganggu barang orang lain
 
naka (na-ka)

seperti; agak

"Haghi ni hukan naka nak tughun," teka...

* Agaknya hari ini hujan akan turun," teka...

 
ongek (o-ngek)

hinggut; goyang

"Cuba hang ongek kayu tu, mau dak dia tercabut," kata...

* "Cuba kamu goyangkan kayu itu, sama ada ia boleh tercabut," kata...

 
pahadoi (pa-ha-doi)

peduli

Awang tak peghenah pehadoi langsung akan anaknya.

* Awang tidak pernah peduli langsung akan anaknya.

 
qatuk, qeqhetuk (qa-tuk, qa-qhe-tuk)

buang hingga habis

"Tolong qatuk peghabih hampah nyiok dalam bujam tu," kata..

* "Tolong buang hingga habis hampas kelapa di dalam bakul itu," kata...

 
Rembat (Rem-bat)
Penulis: shariffah Norlaila
maksud : Galah dialek Perlis \"hang gunala rembat tu nak kait mempelam\" bahsa surat : \" kamu guna galah untuk kait mempelam\"
 
Rimbok
Penulis: zairy

pukul,belasah-merujuk kepada perbuatan memukul seseorang-

CTH AYAT:\'awat budak ni dok tak ketahuan hala sangat tak tau, sat lagi aku RIMBOK se ibu apa pun tak boleh\'- \'kenapala budak ini berkelakuan tidak senonoh,nanti aku pukul/rimbok sekali baru padan muka\' -

CARA SEBUTAN: (ghim/bok)

 
sagup (sa-gup)

redup; muram

1. Nampak haghi ni sagup saja. Nak hujan jugak kut.

* Nampak redup saja hari ini. Mungkin hujan akan turun juga.

2. "Aku tengok hang ni sagup saja, pasai apa?" tanya... 

"Saya tengok kamu ini muram saja, pasal apa?" tanya...

 
seloba
Penulis: M Zaidi
Bagi can kat oghang lain pulak.. seloba sungguh hang ni.. Bagi peluang kepada orang lain pulak, haloba sungguh kamu seloba = tamak haloba
 
sisiaq ( si-siaq)
Penulis: ellaila
Sikat (sisir) dialek: awat tak sisiaq rambut bahasa: kenapa tak sikat rambut
 
tagham (ta-gham)

menyimpan dendam; marah

"Lama dah aku duk tagham kat dekat hang," kata...

* "Sudah lama aku menyimpan dendam terhadap kamu," kata...

 
telek
Penulis: rajaaa
telek= panggilan talipon \" mat nanti mlm hang telek mai kt aku sama masa nk p terawih tu no..\".
 
tertomoih
Penulis: manis ahmad
tersungkur, jatuh tersungkur
 
tik
Penulis: Azirul Nayan
tak/tidak/tak nak Budak tu tik ma pi skolah ari nie. Budak itu tak nak pergi sekolah hari ini.
 
tokak (to-kak)
Penulis: Ramzee
gigit. \"adoi mak, kucin tokak tangan cik\" kata.. \"aduh mak, tangan saya digigit kucing\" kata..
 
ughat (u-ghat)

garisan

Bulu ayam tu betui-betui jatuh atah ughat, kata pengade.

* Bulu tangkis itu betul-betul jatuh di atas garisan, kata pengadil.

 
wa (wa)

panggilan pangkat kepada bapa atau emak saudara yang sulung

Kak pi ghumah wa. 

* Kakak pergi ke rumah wa.

 
yong (yong)

halau; hambat

Dia yong itik yang masuk ke dalam petak semainya.

* Dia menghalau itik yang telah masuk ke dalam petak anak semainnya.

 


Semua | A | B | C | D | E | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W | Y


Kamus Dialek Perlis version 1.0 by Khairul Faizi