Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.
Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati
Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang
tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan
kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu
adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan
orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti
itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa
kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu
dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang
mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang
ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai
kualiti yang baik.
Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang
menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah
menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan
kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang
lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai
yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan
itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan
kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang
mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu
bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak
lepas dari melakukan kesilapan.
Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak
tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan
arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang
suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah
dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk!
Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang
sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian.
Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.
Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan
kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan
kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak
akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang
disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap
belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan
mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah
mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa
melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu
lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan
teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap
kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk
dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah
sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak
tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,
awas! Kamu mudah jatuh cinta!
Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji
kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala,
kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama
dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di
bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,
apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu
mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang
kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang
pertama yang mereka cari.
Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak
berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang
kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum
melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang
menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung
di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai
mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.