| By Zuraidi Zainol,
on 26-09-2008 02:08
|
Views : 1543  |
Favoured : 17 |
Q-Xplorace Perlis 2008
Pendahuluan
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama
Kerajaan Negeri Perlis dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perlis (
DPMM ) akan menganjurkan Q-Xplorace 2008 yang merupakan acara berjalan
kaki/berlari sambil menjawab soalan yang berkaitan P & Q dan
persekitaran Kangar, Perlis sejauh 6.5 Kilometer.
Tarikh Dan Tempoh Acara
8 November 2008 (Sabtu) - (8.15 pagi – 1.30 tengahari)
Taklimat dan Pendaftaran
Taklimat berhubung dengan acara Q-Xplorace 2008 akan diadakan pada
7 November 2008 (Jumaat) pukul 3.00 petang di Dewan Warisan, Kangar. Adalah diwajibkan SEORANG
ahli kumpulan hadir untuk taklimat tersebut dan beliau perlu
bertanggungjawab untuk menyampaikan segala maklumat yang disampaikan
kepada ahli kumpulan.
Penyertaan
Penyertaan adalah secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 3 kategori:
1) Kategori Industri
- Warga Industri
2) Warga Umum
- Kakitangan Kerajaan, NGO dan orang awam
3) Belia/pelajar
- Pertubuhan belia, pelajar sekolah dan IPT
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !
Setiap peserta akan dibekalkan dengan Baju-T, Topi, Sarapan, dan
Makan Tengahari.
Penyerahan Borang Penyertaan
Borang Penyertaan yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Sekretariat di alamat berikut:
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA(MPC)
PEJABAT WILAYAH UTARA
BEG BERKUNCI 206, JALAN BERTAM
13200 KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG
DPMM PERLIS
Pn. Norhayati - 019-4775155
En. Hayazi - 019-5425764
Pertanyaan Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
MPC
No Tel : 04-5754709
No Faks : 04-5754410
Last update : 26-09-2008 02:08
|