| By MOHD NASRUL MOHD YUSOF,
on 08-10-2008 02:38
|
Views : 1345  |
Favoured : 16 |
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri kedah.
Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri
menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan
pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir
abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri
tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan
negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka
iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan : Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri
Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis".
Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya
daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut
Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis
sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821
menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran,
akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir
kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor,
manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini, merupakan detik
bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status
tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Last update : 08-10-2008 02:38
|