5C KRITERIA UNTUK PILIH PASANGAN
 

By AMIR JUSOH, on 30-10-2009 17:12

Views : 3695    

Favoured : 60


5C MENJADI PILIHAN GADIS.

Janda tuntut mas kahwin – Pramugari MAS minta rumah banglo, kereta Mercedes Benz C200

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 21 Mac depan bagi mendengar kes seorang pramugari yang menuntut bekas suaminya, seorang bekas ahli politik bergelar Datuk, menjelaskan tunggakan mas kahwin berupa sebuah banglo dan hadiah pernikahan sebuah kereta Mercedes Benz C200 yang tertangguh sejak empat tahun lalu

CAR : Gadis sekarang mahu kereta mewah dijadikan sebagai hantaran

APA KATA PAKSU PENCEN :

Zaman telah berubah banyak. Semakin maju negara semakin hebatlah rakyatnya. Gaya hidup dan cita rasa penduduknya pun jadi semakin tinggi dan setanding dengan kemajuan negara.

Ternyata menjadi kebiasaan para gadis Malaysia dan lain-lain negara yang sedang meningkat nak maju kini bersikap kebendaan dalam menentukan siapakah pasangan yang akan dipilihnya.

Kini lima faktur penting yang menjadi ukuran pemilihan pasangan oleh kaum wanita ini iatu:

1. CAREER

Ahli politik dan ahli perniagaan kini menjadi pilihan pertama masa kini. Anak pak menteri dan anak jutawan juga turut menjadi pilihan. Kalau pilih pasangan yang tidak ada career terpaksalah pula kaum wanita keluar mencari rezeki. Nanti ada yang kena jadi Pengawal Keselamatan, Pencuci bangunan, Pegawai Perhubungan Pelanggan dan lain-lain kerja yang tak sepatutnya kaum wanita lakukan.

2. CAR

Kereta mewah seperti Mercedes dan BMW menjadi kegilaan mereka. Kalau tidak mempunyai kereta pun susah juga, nanti terpaksa beratur panjang dan menunggu lama untuk naik kenderaan awam seperti bas, teksi dan LRT.

3. CONDO

Ini telah menjadi kewajipan pada pasangan untuk menyediakan tempat perlindungan yang selesa untuk kebaikan dan keselamatan kaum wanita yang lemah itu. Kampong setinggan dah tiada lagi dalam kamus hidup negara maju.

4. CARD

Memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan seharian dan berbelanja. Tidak perlulah mereka meminta wang perbelanjaan pada setiap hari atau minggu pada pasangannya. Mudah sahaja cuma hadiahkan kepada mereka supplementary card tampa limit kepada mereka.

5. CLUB

Ini juga penting buat masa sekarang kerana kaum wanita juga perlu untuk berriadah dan mempunyai rakan sosial untuk kepentingan gayahidup yang modern. Mereka sekarang lebih gemar kepada sukan Golf, Renang dan Gyms.

Secara umumnya syarat ini tidaklah seberatmana sebaliknya itulah yang sepatutnya mereka perolehi. Dengan berupayanya kaum lelaki menyediakan kelima-lima syarat tersebut insyaallah mungkin mereka boleh menjadi pasangan yang sempurna serta dapat :

1. Patuh pada perintah pasangan.

2. Sentiasa berhias diri untuk pasangan.

3. Sentiasa menjaga diri dan rumah tangga.

4. Menjadi pendorong dan penasihat kepada pasangan.

5. Memahami hal-hal yang disukai dan dibenci pasangan.

6. Melakukan perkara yang menyenangkan pasangan.

7. Sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan pasangan.

8. Sentiasa berusha untuk menambahbaik keadaan diri dengan ilmu pengetahuan.



Last update : 30-10-2009 17:12

   
Quote this article in website
Favoured
Print
Send to friend
Related articles
Save this to del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 


Add your comment
Name
E-mail
Title  
 
Comment
 
Available characters: 600
   Notify me of follow-up comments
  This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage
Enter what you see:

   
   

No comment posted



mXcomment 1.0.7 © 2007-2012 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved